14 perkara yang perlu dilakukan oleh usahawan pada 2021

14 perkara yang perlu dilakukan oleh usahawan pada 2021
Tips

14 perkara yang perlu dilakukan oleh usahawan pada 2021

14 perkara yang perlu dilakukan oleh usahawan pada 2021

Semua tahu 2020 merupakan tahun yang sukar untuk semua usahawan disebabkan isu COVID 19 yang melanda seluruh dunia. Diharapkan 2021 menjadi tahun yang baik untuk bangkit semula dari kegagalan 2020. Anda boleh baca 14 perkara yang perlu dielakkan pada 2021 untuk berjaya dalam perniagaan.

  1. Hilang fokus

Apabila anda lupa sebab mengapa anda memulakan perniagaan, anda selangkah telah melalui fasa kegagalan. Sebagai contoh, jika anda telah hilang fokus boleh menyebabkan kita tidak lagi menghiraukan permintaan pembeli ataupun tidak melayan pembeli dengan baik. Sentiasa pastikan apa keinginan pembeli sebagai tujuan dalam perniagaan anda.

  1. Kurang kepimpinan

Kepimpinan merupakan asas penting dalam perniagaan anda. Jika pemimpin sudah mula membuat keputusan yang salah ini akan memicu kepada hasil yang buruk. Pada 2021 ini dalam perlulah mengambil sikit masa untuk fokus kepada masalah pemimpinan dan cuba mencipta nilai-nilai yang baik.

  1. Tidak peduli tentang pekerja

Sebagai seorang majikan, jika pekerja anda tidak gembira, bermotivasi, amat mustahil untuk mereka melayan pembeli dengan baik. Perniagaan yang berjaya, perlu mempunyai motivasi yang tinggi dan rasa gembira ketika kerja. Perkara ini dapat diwujudkan dengan menghadirkan layanan yang baik dari majikan.

  1. Tidak berkerja dengan “Partner”

Perniagaan yang berjaya sentiasa mencari pulang untuk berkerja dengan perniagaan lain. Ketua yang berjaya paham tentang hasil yang boleh dia dapatkan dari berkolaborasi. Mulakan mencari 10 peluang “Partnership” dengan individu/perniagaan yang berpotensi. Anda hanya boleh memulakan dengan sesuatu kerja yang kecil sahaja dulu. Konsisten merupakan kunci kejayaan kepada sesuatu yang besar.

  1. Bina sempadan

Jangan pernah bina sebarang sempadan antara pemodal. Ini termasuk persaingan, organisasi industry, persatuan, media dan juga sebarang organisasi. Anda perlulah menjadi orang yang mampu meruntuhkan sebarang sempadan dan membantu yang lain untuk berhubung dan mencipta industri yang baik. Jadilah pemimpin yang boleh membantu orang lain ketika perlu dan ini membantu anda membina kepercayaan yang tinggi terhadap anda.

ultimate guide for dropshipping

Anda boleh dapatkan ebook percuma untuk memulakan perniagaan di shopee di sini.

  1. Tidak melayan klien

Jangan pernah sesekali tidak melayan klien anda. Anda perlulah sentiasa melayan klien secara adil tanpa melihat status, jumlah projek mahupun saiz perniagaan klien. Jika anda mengabaikan klien ataupun tidak melayan dengam baik, ini boleh menyebabkan nama baik perniagaan anda akan menjadi buruk.

  1. Tidak menjaga aliran tunai perniagaan dengan baik

Aliran tunai merupakan nyawa bagi sesuatu perniagaan. Jika kewangan perniagaan anda tidak dijaga dengan baik, ini boleh menyebabkan kejatuhan perniagaan anda. Bagi perniaga kecil, anda boleh menggunakan “Software” untuk mencatat aliran tunai perniagaan anda. Jika perniagaan anda sudah stabil, anda sudah boleh membayar akauntan anda sendiri.

  1. Tidak membina “Culture Of Execution”

“Execution” merupakan elemen terpenting untuk mencapai impian/target. Banyak diantara perniagaan lemah didalam “Execution” walaupun idea yang dicipta sudah terlalu bagus. Sentiasa pastikan untuk memberi hasil yang dijanjikan kepada pelanggan, pemodal dan perkerja dengan cara menjalankan apa yang telah dinyatakan didalam impian/janji.

  1. Tidak mengambil sebarang risiko

Banyak industri harini mengalami cabaran kerana mereka tidak berani untuk mengambil risiko. Risiko dalam perniagaan bukan hanya risiko kewangan, tetapi ia juga merupakan peluang mencari  peluang baru. Usahawan yang berjaya sentiasa berani dan selesa dalam mengambil risiko. Tetapi sentiasa buat perancangan yang terbaik dahulu sebelum mengambil risiko.

  1. Tidak mempunyai “Standard”

Anda pernah mendengar syarikat automotif yang tidak mempunyai “Safety Standard” ? bagaimana pula dengan syarikat penerbangan ? amat mustahil untuk sesuatu industri tidak mengikut “standard” yang ditetapkan. Pastikan anda menjalankan perniagaan dengan “Standard” yang tinggi. Ini bermakna buat sesuatu dengan baik dan berharapkan pulangan yang baik.

  1. Terlalu fokus kepada persaingan

Banyak usahwan terlalu fokus terhadap persaingan. Didalam saiz market yang kecil dengan terdapat banyak syarikat yang menyediakan produk yang sama dan mempunyai target pembeli yang sama boleh memicu kepada situasi “do or die”. Jika anda terlalu fokus kepada persaingan ini akan merencatkan untuk anda berinovasi. Jangan terlalu fokus kepada persaingan tetapi fokuslah kepada servis ataupun produk anda dan sentiasa berinovasi. Inovasi merupakan antara aspek terpenting untuk menang didalam persaingan.

  1. Mengabaikan kritikan

Anda mempunyai kritikan dari pembeli anda ? jika tidak, produk/servis anda terlalu mendatangkan impak kepada pengguna. Tapi mustahil bagi setiap perniagaan tidak mendapatkan kritikan. Jika anda mendapatkan kritikan, jangan anggap itu sebagai sesuatu yang buruk. Tetapi cuba jadikan itu sesuatu yang baik untuk membantu anda menghasilkan produk/servis yang lebih baik pada masa akan dating.

  1. Tidak menggunakan sosial media

Pada 2021, anda hendaklah menggunakan sosial media sebaik mungkin. Cuba untuk menghasilkan konten yang bermanfaat. Ini akan menjadi sebab terbesar untuk prospek “Like or Follow” sosial media kita. Sentiasalah berkomunikasi dengan “Follower” dengan konten-konten seperti quiz, soalan dan sebagainya.

  1. Berhenti belajar

Jika anda berhenti belajar, ini merupakan sesuatu yang berbahaya kepada anda. Ilmu dalam perniagaan sentiasa cepat berubah. Anda perlu sentiasa belajar dan menambah ilmu untuk memastikan perniagaan anda mampu bersaing dan bertahan didalam pasaran. Sentiasalah menjadi orang yang dahagakan ilmu.

Mula belajar meniaga secara dropship untuk pasaran tempatan dan global disini.

Leave your thought here

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Popular Tags

Open chat